Penjara setahun dan denda RM 500’000 jika ‘stalk’ & ceroboh telefon suami/isteri..

Sudah jadi kebiasaan bagi kebanyakan pasangan di Malaysia sekarang ini, yang sering ‘mengintip’ telefon pasangan masing-masing bagi memastikan tiada berlaku kes kecurangan didalam rumahtangga.

Walaupun dianggap biasa di negara kita, namun perbuatan seperti itu dikategorikan sebagai satu kesalahan besar di negara Arab ye makcik-makcik bawang semua.

Di Arab Saudi, pasangan berkahwin yang bercadang untuk ‘mengintip’ telefon pasangan perlu berfikir dua kali kerana kerajaan mengisytiharkan perbuatan itu satu jenayah.

Kementerian Penerangan Arab Saudi dalam satu kenyataan mengesahkan, tindakan ‘mengintip’ telefon pasangan boleh menyebabkan pesalah didenda dan penjara setahun.

Sabit kesalahan individu yang melakukan tindakan itu boleh didenda sehingga 500,000 riyal (RM516,000) dan penjara setahun.

Peraturan itu adalah sebahagian daripada undang-undang anti-siber baharu yang berkuat kuasa minggu lalu.

Kementerian berkata, undang-undang itu diperkenalkan untuk melindungi moral individu dan masyarakat serta maklumat peribadi mereka.

Langkah itu dibuat ketika berlakunya peningkatan jenayah siber seperti memeras ugut, penyelewengan dan fitnah. – AFP/Utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *