Penyokong Pakatan terbukti biadap terhadap Raja Melayu

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pentingnya mengekalkan rasa hormat antara satu sama lain walaupun mempunyai perbezaan sama ada perbezaan berkaitan pemahaman politik, bangsa, agama dan lain-lain.

Titah baginda, tanpa adanya rasa hormat antara satu sama lain, ia boleh diibaratkan bagaikan haiwan.

“Kita perlu menerima hakikat bahawa kita semua adalah berbeza, sama ada perbezaan berkaitan pemahaman politik, bangsa, agama serta kepercayaan dan lain-lain.

“Kita semua berbeza tetapi apa yang mesti kekal adalah rasa ‘hormat’. Kerana tanpa rasa hormat antara satu sama lain, kita bagaikan haiwan,” titah baginda.

Baginda berkata demikian setelah kenyataannya pada Sabtu lalu dikatakan mengkritik bekas perdana menteri yang kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun tidak menyebut nama, Tunku Ismail memuat naik kenyataan agar rakyat negara ini membuka mata dan jangan tertipu dengan apa yang dikatakan oleh “individu lidah bercabang” yang menurutnya bukan mahu menyelamatkan negara, tetapi takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya.

Tunku Ismail mahu rakyat jangan tertipu, buka mata, menggunakan akal fikiran dan mengikut bayangan yang akan baginda berikan kerana baginda tahu apa yang rakyat tidak tahu.

Bagaimanapun, kenyataan Tunku Ismail itu menjadi viral di media sosial dan ramai penyokong tegar Mahathir dan Pakatan Harapan tampil menyatakan perasaan tidak berpuas hati dan lantang mengkritik pandangan bakal pewaris takhta Johor itu.

Mahathir yang juga calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan pula dengan angkuh dan sombong mengatakan kenyataan Tunku Mahkota Johor itu hanya akan menjadikan Pakatan Harapan lebih terkenal.

Sementara itu, menerusi kenyataan di Facebook JOHOR Southern Tigers, Tunku Ismail juga mengingatkan ahli politik harus memahami bahawa mereka perlu memberi perkhidmatan kepada rakyat dan bukannya kepada ideologi parti politik.

“Tidak kira apa yang berlaku, jangan membebankan rakyat dan itu harus menjadi keutamaan.

“Selamanya bersama anda, Bangsa Johor,” titah baginda.

Semalam, polis Johor telah mengesahkan menerima laporan berkaitan komen jelik terhadap Tunku Ismail, namun tidak mendedahkan berapa laporan dibuat bagi memberi ruang siasatan dijalankan terlebih dahulu.

Kesimpulannya, ini membuktikan penyokong Pakatan Harapan ini tidak pernah hormat institusi diDiraja kerana biadap memberi komen jelik terhadap Tunku Ismail, seolah-olah menganggap bakal pewaris takhta Johor itu seperti rakan mereka sahaja.

Meskipun tidak berpuas hati dengan sebarang kenyataan Tunku Mahkota Johor itu, mereka tidak patut mengeluarkan komen-komen jelik. –Utaranews.com

One thought on “Penyokong Pakatan terbukti biadap terhadap Raja Melayu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *