Peratusan keluar mengundi tinggi bukan jaminan PH menang PRU14

Peratusan keluar mengundi tinggi bukan jaminan Pakatan Harapan boleh menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang. Meksipun pelbagai isu yang mereka bangkitkan kepada rakyat, faktor itu tidak menjamin akan menyumbang kepada jumlah undi besar kepada pakatan pembangkang.

Pakatan Harapan amat mengharapkan berlaku tsunami pengundi Melayu bagi merealisasikan hasrat dan matlamat mereka yang mahu menewaskan UMNO dan Barisan Nasional pada PRU yang bakal tiba tidak lama lagi.

Bagaimanapun, realitinya, hal ini dilihat sangat sukar buat pembangkang. Ini kerana pembangkang patut mengambil kira faktor banyaknya undi penykong orang Melayu mereka sebelum ini akan ‘berpindah’ kepada parti PAS.

Selain itu, pembangkang juga harus sedar dan menerima kenyataan bahawa UMNO sudah berada dalam keadaan terbaik bagi menghadapi PRU-14 yang disifatkan sebagai ibu segala pilihan raya.

Tidak diinafikan mana-mana parti khususnya UMNO, PAS dan tiga komponen Pakatan Harapan iaitu PKR, PAN serta PPBM yang bertanding mahu undi orang Melayu. Ini kerana komuniti pengundi orang Melayu dilihat masih berkira-kira dalam memutuskan calon pilihan mereka terutamanya di Semenanjung.

Tetapi dengan agenda Bumiputera yang dilihat semakin disisih dan tidak menjadi penting, serta tindak-tanduk parti komponen Pakatan ini yang tidak menampakkan usaha untuk memartabatkan dan memperjuangkan agenda Islam akan akhirnya menyebabkan pengundi orang Melayu semakin menjauh dari mereka.

Kebanyakan masyarakat Melayu masih melihat Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin Melayu Pakatan yang lain sebagai ‘alat’ parti DAP dalam matlamat parti Roket itu untuk merealisasikan konsep Malaysian Malaysia apabila memerintah nanti.

Sekiranya berlaku peratusan keluar mengundi tertinggi yang seperti mana diharapkan pembangkang pun, ia tidak menjamin apa-apa peluang yang cerah kepada mereka.

Sebagai contoh, kempen #UndiRosak yang sebelum ini hangat diperkatakan ramai, pembangkang harus bersiap sedia menerima kemungkinan banyaknya undi rosak yang terhasil ekoran rasa tidak puas hati pengundi, rata-ratanya kalangan anak muda, terhadap situasi politik semasa negara.

Lebih-lebih lagi apabila SPR merekodkan kira-kira 3.6 juta rakyat yang layak masih belum mendaftarkan diri mereka sebagai pemilih. Keadaan ini sudah pasti memberikan kesan besar terhadap kempen pembangkang tatkala mereka mengharapkan undi terbanyak daripada kalangan anak muda. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *