Proton tawar pembiayaan sifar peratus kepada pembeli kereta kali pertama

Susulan kerjasama antara perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (Proton) dengan Zhejiang Geely Holdings Group (Geely), banyak perubahan yang telah dilakukan antara dengan menaik taraf pusat 3S/4S.

Proses menaik taraf itu juga adalah sebagai inisiatif untuk memastikan kejayaan sinergi. Tahun ini juga dijangka akan lebih banyak inisiatif dilakukan untuk membina kereta yang sepadan dengan kualiti pengeluar kereta premium.

“Pemakaian sistem skor audit kualiti produk Geely adaptasi sistem yang digunakan oleh Volvo Cars membantu mengenal pasti isu dan menyumbang kepada pengukuhan skor audit merentas semua model.

“Lebih banyak inisiatif dijangkakan tahun ini ketika Proton bersiap sedia untuk membina kereta yang sepadan kualiti pengeluar kereta premium,” katanya Proton dalam satu kenyataan.

Sementara itu, sempena bulan April ini setiap tempahan yang dibuat pada bulan ini akan menerima tawaran menarik iaitu dengan pembiayaan sifar peratus untuk pembeli kereta kali pertama.

Tawaran sifat pembiayaan itu adalah bagi model Proton Iriz (varian Eksekutif dan Premium), Proton Ertiga (semua varian) dan Proton Exora (semua varian), yang mengambil pinjaman untuk tempoh lima tahun dengan Hong Leong Bank.

Manakala, untuk pembelian model Proton Saga dan Persona (hanya Premium CVT), pembeli akan menerima body kit percuma.

Rebat juga akan diberikan kepada pelanggan ke atas model lain Proton selain mendapat insentif menarik ke atas baki stok kereta yang dikeluarkan pada 2017. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *