PTPTN banyak bantu pelajar yang kurang mampu didalam negara

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diakui banyak membantu pelajar terutamanya pelajar kurang berkemampuan untuk menyambung pelajar ke institusi tinggi dengan memberi pinjaman kewangan.

Bagaimanapun, masih terdapat sesetengah pihak seperti tidak menghargai segala bantuan yang telah diberikan oleh kementerian terbabit.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh turut meluahkan rasa terkilan tentang sumbangan yang tidak dihargai sesetengah pihak terbabit.

Katanya, terdapat pula pihak yang mahu memancing undi pengundi dengan menjanjikan mahu menghapuskan pinjaman PTPTN kerana mahu menyediakan pendidikan percuma yang dilihat sesuatu yang sangat mustahil.

“Dengan adanya PTPTN yang memberi pinjaman kepada pelajar…kira-kira 200,000 lepasan STPM, STAM dan SPM dapat belajar di IPTA dalam dan di luar negara”, katanya.

Idris berkata masih ramai yang seperti tidak sedar bahawa kerajaan telah membiayai hampir 90 peratus kos pendidikan manakala selebihnya ditanggung sendiri melalui PTPTN.

Selain itu, jelasnya PTPTN perlu diteruskan dalam membantu pelajar yang kurang berkemampuan yang melanjutkan pendidikan ke peringkat tinggi tanpa sebarang masalah kewangan.

“PTPTN bukan setakat memberi pinjaman malah turut mengeluarkan banyak kebajikan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia (SSPN1M-i) kepada pelbagai pihak termasuk mereka yang mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang (APC),” katanya.

Sejak 20 tahun ditubuhkan, seramai 2.7 juta pelajar negara ini yang sudah dibantu menerusi pinjaman pendidikan PTPTN membabitkan dana lebih RM50 bilion. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *