RM 277 juta dijana oleh usahawan seluruh negara melalui Program eUsahawan

Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan kerajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro.

Program ini juga membantu rakyat untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital.

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah memperkenalkan program ini sejak tiga tahun lalu. Hasil program ini telah berjaya membantu ramai usahawan di seluruh negara untuk menjana pendapatan mencecah RM277.14 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Yasmin Mahmood memaklumkan, sehingga 31 Disember tahun lalu seramai 156,580 individu terdiri daripada usahawan mikro dan pelatih Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Katanya, program yang dijalankan ini menunjukkan kesan positif apabila kesemua peserta mencatatkan peningkatan pendapatan perniagaan sekurang-kurangnya dua kali ganda dari pendapatan asal.

“Sebanyak 70 peratus peserta ini adalah golongan belia dan 70 peratus daripada mereka juga merupakan golongan wanita.

“Daripada lebih 150,000 peserta ini, kira-kira 40 peratus atau seramai 44,466 peserta melaporkan hasil jualan mereka kepada MDEC,” katanya.

Mustapa berkata, program ini banyak memberi kebaikan kepada pertumbuhan setempat apabila usahawan yang berjaya ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan di kampung halaman dan mengurangkan golongan belia untuk berhijrah ke luar negeri mencari pekerjaan.

“Inilah yang Barisan Nasional (BN) buat, kita bukan bercakap kosong sebagaimana pihak lain tetapi hasilnya tidak ada,” katanya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *