Ruhainies Kalau Boleh Tak Nak Suami Orang

Rasanya kalau tanya dengan 10 gadis bujang yang masih belum berkahwin tentu hanya seorang sahaja yang akan berani mengatakan yang dia ingin berkahwin dengan lelaki yang bergelar suami orang. Yang selebihnya, memang tidak mahu terlibat dalam ‘mimpi ngeri’ itu.

Tambahan pula isu poligami, bermadu bagai ini semua sensitif untuk orang perempuan jadi sudah tentu mereka akan berusaha untuk mengelakkan perkara itu dari berlaku begitu juga dengan pelakon drama ‘Tak Ada Cinta Sepertimu, Ruhainies.

Sama seperti wanita lain, jika diberi pilihan Ruhainies turut tidak mahu dirinya didekati oleh lelaki yang bergelar suami orang tetapi sebagai pelakon Ruhainies tidak dapat mengelak daripada itu kerana dia perlu bekerja dengan lelaki yang bukan sahaja bergelar suami orang tetapi juga tunang orang.

Memang tidak dinafikan yang kalau bekerja memang kita perlu atau akan berurusan dengan orang yang mempunyai pelbagai status tetapi jika kita bersikap profesional perkara yang kita tidak ingini dapat dielakkan daripada berlaku.

Melainkan itu sudah ditentukan oleh Allah SWT sebab sebagai manusia biasa siapalah kita untuk melawan takdir kalau itu telah tertulis jodoh kita. Tapi, pada kak Lala selagi boleh elak baik kita elakkan sebab itu pasti akan balik pada diri kita semula. -kaklala/utaranews.com

One thought on “Ruhainies Kalau Boleh Tak Nak Suami Orang

  • 17/04/2018 at 1:20 am
    Permalink

    Xpe ruhainies . donaldtrump ada . Kita sma2 solo .
    Hehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *