Salman Khan Dibebaskan Selepas 2 Hari Dalam Penjara

Baru-baru ini heboh media melaporkan yang pelakon terkenal Bollywood iaitu Salman Khan berhadapan dengan hukuman penjara selama 5 tahun selepas didapati bersalah melakukan aktiviti pemburuan haram di negara itu.

Meskipun kes pemburuan haiwan terancam spesis ‘Balckbuck’ atau haiwan yang tergolong dalam kumpulan rusa itu berlaku kira-kira 20 tahun yang lalu tetapi hukuman atas kesalahan itu baru sahaja diputuskan.

Namun bagitu, baru dua hari dipenjarakan, pelakon ‘Tiger Zinda Hai’ itu bagaimanapun telah dibebaskan oleh mahkamah dengan ikat jamin sementara rajuan untuk kesnya itu dibuat oleh peguamnya, Mahesh Bora.

Itu mungkin kerana Salman mengatakan yang dia tidak membunuh haiwan terancam itu sebaliknya haiwan itu mati mungkin disebabkan oleh cuaca yang terlampau panas.

Empat pelakon lain yang turut berada bersama Salman sewaktu kejadian itu berlaku iaitu Saif Ali Khan, Sonali Bendre, Tabu dan Neelam bagaimanapun telah dibebaskan kerana kekurangan bukti.

Itu membuatkan Salman merasakan dirinya telah dianiaya oleh pihak berkenaan. Oleh itu, sementara rayuan itu dibuat, Salman akan kekal bebas cuma dia tidak dibenarkan untuk pergi ke luar negara tanpa kebenaran daripada mahkamah.

Berita pembebasan Salman itu telah membuatkan peminat-peminatnya berasa gembira dan berkumpul di luar mahkamah sambil membakar bunga api dan menyanyikan lagu daripada filem-filem lakonannya.

Nampaknya meskipun berhadapan hukuman berat seperti itu tetapi peminat hero berbadan sasa itu ternyata masih kekal memberikan sokongan mereka kepadanya. Ternyata kes seperti itu tidak akan menjejaskan sedikit pun kerjaya yang telah dibina oleh Salman selama ini.

Apapun, diharap kebenaran sebenar disebalik kes itu dapat dirungkai dan diselesaikan dengan adil dan saksama. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *