Sampai bila melayu P.Pinang mahu tunduk kepada kezaliman DAP?

Walaupun parti DAP selama ini sering mendakwa bahawa menyuarakan pandangan dan pendirian adalah kebebasan bersuara iaitu rakyat mempunyai hak untuk  menyatakan pendirian dan pandangan mereka. Namun, kerajaan DAP bertindak sebaliknya apabila rakyat di Pulau Pinang tidak dibenarkan bersuara.

Ini boleh dilihat apa yang berlaku setelah parti Roket itu memerintah di negeri Pulau Mutiara itu. Kerajaan DAP di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri langsung tidak boleh menerima pandangan dan pendapat serta hak kebebasan bersuara rakyat di negeri berkenaan.

Sikap DAP ini jelas menunjukkan parti Roket itu mengamalkan fahaman komunis. Untuk maklum, fahaman komunis ini bermaksud kuasa pemutus bukan ditentukan oleh rakyat namun sebaliknya ia diputuskan oleh siapa yang berkuasa.

DAP hanya menganggap rakyat sebagai kelas bawahan yang tiada hak untuk menyatakan apa-apa pandangan, pendapat menentang mahupun membantah Kerajaan DAP. Hukuman pula menanti rakyat sekiranya mereka bertindak sedemikian rupa.

Parti Roket ini akan menggunakan apa sahaja yang terdapat pada diri mereka termasuklah kuasa, pangkat, harta dan pengaruh untuk mencapai kepentingan dan agenda politik mereka. Rakyat tidak akan dipedulikan oleh DAP, sebaliknya ditindas.

Namun orang Melayu rela korbankan diri mereka sendiri untuk menegakkan kebenaran fitnah dan tuduhan semata-mata untuk menolak kerajaan sendiri sehinggakan keamanan dan keharmonian yang mereka nikmati hilang dalam sekelip mata sahaja.

Buktinya apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang, orang Melayu menderita dan terseksa tetapi kerajaan DAP langsung tidak ada rasa bertanggungjawab, belas kasihan dan nilai kemanusiaan.

Janji manis, pembohongan dan penipuan itu semuanya ada dalam parti Roket itu. Selain itu, DAP juga akan menggunakan media sosial untuk menyebarkan propaganda dan fitnah mereka untuk memperdayakan dan mempengaruhi rakyat.

Justeru, orang Melayu perlu bersatu hati dan sedar, jangan mudah terpedaya dan terpengaruh dengan mainan licik politik parti Roket itu yang jelas hanya mahu memecah belahkan bangsa Melayu. Ini kerana parti Roket itu tidak pernah suka dengan orang Melayu.

Orang Melayu patut sedar, jangan sehingga merempat di negara sendiri akibat terpedaya dan terpengaruh dengan pujuk rayu, fitnah serta tipu daya parti Roket itu. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *