Saraf otak rosak jika terlajak ketagihan pornografi

Pornografi adalah penggambaran atau bahan yang mengghairahkan bertujuan untuk meransang nafsu seks secara lucah. Dengan teknologi yang semakin canggih bahan itu begitu mudah untuk diperolehi.

Tetapi, mereka yang ketagih menonton pornografi bukan sahaja meruntuhkan akhlak dan nilai moral malah menyebabkan kerosakan saraf otak.

Menurut, Pegawai Psikologi Kanan Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani, gejala menonton pornografi ini boleh menjadi punca bergaduhan keluarga dan lebih membimbangkan pornografi mempunyai ketagori mengikut ‘selera’ pengikutnya tersendiri.

“Sekiranya ketagihan itu dibiarkan berlarutan ia boleh menjadi punca pertengkaran, mengganggu hubungan intim suami dan isteri.

“Lebih membimbangkan, setiap minggu lebih 4,000 laman web pornografi diketengahkan hingga melahirkan penggemar tersendiri, selain golongan profesional menguasai dunia seksual imaginasi itu,” katanya.

Siti Fatimah berkata, terdapat kes kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun ketagih pornografi seterusnya mengakibatkan otak kanak-kanak tidak berkembang dengan baik.

“Anak yang ketagihan pornografi sukar menghentikan perlakuannya, namun ada rasa bersalah, tetapi tidak berani meluahkannya kepada ibu bapa kerana takut.

“Dalam keadaan cemas, otak berputar dua hingga lima kali lebih cepat dari putaran biasa pada saat normal. Akibat putaran yang terlalu cepat ini, otak seorang anak terkesan mengakibatkan ia tidak berkembang dengan baik,” katanya.

Tambahnya, orang dewasa juga boleh mendapat kesan buruk seperti kerosakan saraf otak jangka panjang dan menjejaskan ingatan seseorang.

“Ketagihan bahan lucah mengakibatkan bahagian tengah depan otak yang dikenali sebagai Ventral Tegmental Area (VTA) secara fizikalnya akan mengecil.

“Pornografi menimbulkan perubahan kepada bahan kimia neurotransmiter dan melemahkan fungsi kawalan badan. Ini membuat mereka yang ketagih pornografi tidak dapat mengawal perilaku.

“Kerosakan otak akibat ketagih pornografi adalah yang paling teruk, lebih teruk daripada ketagihan kokain (dadah),” katanya.

Apapun, gejala ini perlu dipandang serius dan dibendung secara lebih agresif. Dibimbangi akan lebih ramai akan terjebak dengan aktiviti sosial secara bebas –utaranews

One thought on “Saraf otak rosak jika terlajak ketagihan pornografi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *