Sarang kaki ponteng puasa akan diserbu sepanjang Ramadhan

Bulan Ramadhan bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Bagaimanapun, masih terdapat antara umat Islam yang tidak melaksanakan ibadah berpuasa pada bulan ramadhan ini.

Pejabat Agama Islam Baling telah bersiap sedia untuk menjejaki ‘kaki ponteng puasa’ sepanjang bulan Ramadhan ini di beberapa kawasan tumpuan yang dikenal pasti.

Menurut, Pegawai Agama Islam daerah Baling, Mohamad Naem Awang, pemantauan akan dilakukan secara berterusan oleh pihaknya.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang bekerjasama dengan Pejabat Agama Islam Negeri dan Majlis Daerah untuk menguatkuasakan undang-undang.

“Dalam masa sama, kita juga sedang merancang menguatkuasakan undang-undang dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Negeri dan Majlis Daerah,” katanya.

Jelasnya, sebagai umat Islam adalah sangat tidak wajar untuk mengabaikan perintah agama iaitu berpuasa kerana itu adalah satu peraturan dari Allah.

“Ia peraturan daripada Allah, umat Islam sepatutnya mematuhi perintah berpuasa di siang hari ketika Ramadan.

“Sekalipun tidak berpuasa, hormatilah orang-orang yang berpuasa,” katanya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *