SHINee Muncul Kembali Selepas Berkabung

Kumpulan Kpop yang dianggotai oleh Teamin, Minho, Key, dan Onew iaitu SHINee telah mengalami detik-detik sukar apabila terpaksa menerima hakikat yang mereka telah kehilangan vokalis utama kumpulan mereka iaitu Jonghyun yang membunuh diri akibat kemurungan pada bulan Disember lalu.

Meskipun sukar menerima kenyataan dan masih berasa sedih atas kehilangan rakan mereka sehingga mereka telah membatalkan beberapa jadual mereka kerana ingin berkabung kini, kumpulan itu bangkit kembali demi peminat-peminat mereka dan juga Jonghyun.

Itu terlihat apabila keempat-empat anggota kumpulan SHINee itu dilihat tampil bersama-sama buat pertama kalinya selepas kematian Jonghyun di lapangan terbang untuk pergi ke Dubai sempena SMTOWN Live World Tour VI.

Kemunculan kumpulan SHINee itu telah menarik perhatian netizen kerana meskipun sebelum ini gambar mereka bersama selepas kematian Jonghyun pernah dirakamkan tetapi itu kali pertama peminat melihat anggota kumpulan itu kelihatan ceria di dalam gambar.

Ia boleh dilihat daripada gambar-gambar dari lapangan terbang sehingga ke dalam pesawat yang dimuat naik oleh akaun Instagram rasmi, SM Town. Kak Lala rasa walau apapun mereka tetap kena bangkit demi Jonghyun dan juga peminat SHINee.

Malah, konsert SMTOWN Live World Tour IV di Dubai itu bukan hanya disetai oleh SHINee sahaja tetapi ia melibatkan 35 artis yang duduk dibawah naungan agensi SM Entertainment antaranya adalah Girls Generation, f(x), Super Junior, TVXQ, TraXX, EXO, Red Velvet, BoA, Kangta dan Henry.

Sementara itu, sebelum ini konsert SMTOWN telah pun berlangsung di beberapa negara besar seperti New York, Los Angeles, Paris, Tokyo, Beijing, Shanghai, Bangkok, Singapura dan kini, Dubai. Okay, mungkin lepas ni SM boleh pertimbangkan Malaysia pula? -kaklala/utaranews.com

One thought on “SHINee Muncul Kembali Selepas Berkabung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *