Sindiket nombor ekor guna ‘Pak Haji’ untuk tipu mangsa

Orang ramai terutamanya yang suka membeli nombor ekor dinasihatkan untuk berhati-hati supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket tilikan nombor ekor. Seorang lelaki telah mencemarkan agama Islam dengan menyamar sebagai ‘Pak Haji’ mendakwa kononnya dirinya boleh membuat ramalan nombor ekor.

Sindiket itu menjalankan operasi menyebarkan menerusi risalah dengan meletakkan di dalam peti surat kediaman selain menghantar mesej secara rambang kepada orang ramai.

Individu terbabit mengelar dirinya Haji Ando menawarkan perkhidmatan tilik nombor ekor dan meletakkan syarat mangsa perlulah membayar wang mahar dahulu sebelum memberikan nombor tilikan.

Seorang kakitangan bank, Yunos Md Alif, 32, turut menerima ‘tawaran’ perkhidmatan terbabit melalui lelaki yang tidak dikenali. Lelaki terbabit mengaku berasal dari Indonesia menjelaskan mempunyai kelebihan untuk menilik nombor ekor dengan tepat.

“Saya cuba menghubungi nombor telefon yang tertera, selain menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp sebelum ‘disambut’ lelaki terbabit yang memaklumkan dia memang ada menyediakan khidmat berkenaan.

“Lelaki itu kemudian membayar wang mahar terlebih dahulu menyebabkan saya merasa ragu-ragu dan tidak meneruskan hasrat untuk menggunakan khidmatnya,” katanya.

Yunos berkata, terdapat individu memaklumkan Haji Ando berjaya menilik nombor ekor sehingga membuatkan seorang individu berjaya menang RM1 juta.

“Ada individu yang memaklumkan lelaki itu mendakwa kononnya boleh menilik nombor ramalan boleh menang hingga RM1 juta. Namun, selepas membuat pembayaran wang mahar yang diminta, lelaki terbabit menghilangkan diri.

“Malah, lelaki terbabit dipercayai masih aktif melakukan kegiatan itu dengan mempromosikan khidmatnya di media sosial,” katanya.

Sebagai umat Islam, diharap tidak terjebak dengan kegiatan membeli nombor ekor ramalan terbabit selain kerana ia haram di sisi agama. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *