Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) bantu 70 peratus peserta dapat kerja

Menerusi Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) sejak ia dilancarkan pada Jun 2011, sebanyak 70 peratus peserta telah berjaya dibantu untuk memperoleh pekerjaan tetap selepas tamat dari latihan skim terbabit.

Ketua Sekretariat SL1M Norashikin Ismail memaklumkan jika terdapat antara peserta skim terbabit masih tidak mendapat pekerjaan tetap walaupun sudah tamat latihan meraka akan dibantu sekali lagi sehingga berjaya mendapat pekerjaan tetap.

“Datang balik kepada SL1M, kita akan bantu lagi sehingga dia dapat kerja tetap, daripada SL1M TNB (Tenaga Nasional Berhad), pergi kepada SL1M Petronas, pergi ke SL1M Maybank, so dia tidak ada masalah sebab setiap kos itu ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata jika masih terdapat antara peserta skim terbabit selepas tamat latihan tidak mendapat kerja tetap ia berlaku antaranya adalah kerana diri sendiri yang mempunyai masalah dari segi sikap.

Setakat Disember tahun lepas, menerusi program SL1M ini seramai 144,440 peserta menerusi penglibatan secara langsung dan tidak langsung telah berjaya dibantu.

Program SL1M dlaksanakan adalah sebagai salah satu langkah kerajaan untuk memastikan lebih ramai terutamanya graduan menganggur dapat pekerjaan dengan menjalani latihan pekerjaan merangkumi aspek komunikasi, kemahiran berfikir, mempunyai sifat profesional, penyesuaian dalam organisasi serta berketrampilan.

Ia juga dilaksanakan sebagai membantu graduan bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran mereka setelah tamat pengajian masing-masing.-utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *