Suami Curang Jadi Punca Aiswarya Rai Cuba Bunuh Diri?

Baru-baru ini, media di Bollywood telah melaporkan yang pelakon yang juga ratu dunia, Aishwarya Rai telah melakukan cubaan membunuh diri dengan mengambil ubat penenang secara berlebihan selepas bergaduh dengan suaminya, Abhishek Bachchan.

Punca pertengkaran diantara pasangan sejoli itu berlaku disebabkan oleh beberapa gambar intim dan yang pastinya ia bukan gambar intim Abhishek tetapi sebaliknya gambar yang menunjukkan aksi panas Aishwarya bersama pelakon kacak, Ranbir Kapoor.

Namun, jangan salah sangka, itu hanyalah lakonan semata-mata dan ia adalah aksi daripada filem ‘Ae Dil Hai Mushkil’ yang dibintangi oleh Aishwarya dan Ranbir. Meskipun tidak mengemari aksi menantunya, tapi bagi Amitabh Bachchan perkara itu bukan isu besar untuknya.

Malah, disebabkan oleh percubaan Aishwarya itu, keluarga Amitabh cuba sedaya upaya mereka untuk menutup perkara itu daripada dihidu media dengan memanggil doktor dan paramedik datang ke kediaman mereka untuk merawat Aishwarya.

Akan tetapi, media Bollywood pula percaya perkara sebaliknya yang mana berita cuba bunuh diri itu hanyalah sekadar khabar angin yang dicipta semata-mata kerana memburukkan rumah tangga Aishwarya dan Abhishek.

Walhal, Aishwarya sebenarnya masih dalam perkabungan selepas kematian bapanya yang meninggal akibat kanser. Atas sebab itu juga, Aishwarya dan Abhishek turut menyambut sambutan ulangtahun ke-10 perkahwinan mereka secara sederhana sahaja.

Macam mustahil sahaja tak akanlah hanya disebabkan oleh lakonan dalam filem, Aishwarya ingin membunuh dirinya, jika Abhishek tidak boleh terima adegen seperti itu sudah pasti Aishwarya tidak akan menerima tawaran berlakon itu.

Namun, kedudukan perkara sebenar masih tidak diketahui kerana media juga masih gagal untuk menemu bual Aishwarya sendiri. Kak Lala harap itu hanyalah sekadar khabar angin. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *