Tabiat buruk ‘parking’ yang jadi kebiasaan rakyat Malaysia

Isu tentang minda kelas ketiga memang satu isu yang cukup sensitif. Tetapi, tidak dapat dinafikan masih ramai rakyat Malaysia yang mempunyai mentaliti kelas ketiga.

Antara mentaliti kelas ketiga paling paling mudah dilihat ada dalam kebanyakkan masyarakat Malaysia adalah tentang ‘parking’. Memang terdapat sesetengah tempat tidak mempunyai tempat letak kenderaan yang mencukupi tetapi tidak bermakna boleh meletakkan kenderaan anda sesuka hati.

Di sini antara 5 perangai buruk atau pelik rakyat Malaysia apabila ‘parking’ kenderaan. Harap kalau anda mempunyai salah satu tabiat buruk ini silalah ubah.

Pertama, parking 2 petak. Sudahlah susah mahu mencari ‘parking’ boleh pula ada individu tanpa rasa bersalah ambil dua petak parking hanya untuk 1 kenderaan sahaja.

Kedua, parking di tempat yang disediakan khas untuk OKU atau motosikal. Sudah diletakkan tanda kawasan parking khas untuk OKU atau motosikal masih ada individu yang tidak tahu malu mengambil tempat parking orang lain kerana sikap pentingkan diri.

Ketiga, parking di tempat pam minyak sedangkan bukan isi minyak pun. Sudahlah stesen minyak penuh dengan kereta yang mahu mengisi minyak boleh pulak parking di tempat pam minyak tetapi hanya untuk pergi tandas atau beli rokok.

Keempat, parking depan rumah orang lain. Perkara ini biasanya berlaku waktu ada kenduri atau solat Jumaat. Tak salah nak parking tapi jangan sampai menghalang laluan pemilik rumah nak keluarkan kenderaannya sendiri.

Kelima, double park. Tabiat ini memang sudah sebati dalam jiwa masyarakat Malaysia. Kalau jenis double park ada orang dalam kenderaan atau tinggalkan nombor telefon boleh dipertimbangkan lagi. Tapi, sudahlah double park boleh pula ditinggalkan kereta itu lama-lama. –utaranews

2 thoughts on “Tabiat buruk ‘parking’ yang jadi kebiasaan rakyat Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *