“Tak Perlulah Membazir Dan Dahulukan Yang Wajib” – Pesan Bienda

Kak Lala tak nafikan yang sekarang ini memang ramai pasangan yang ingin atau bakal menamatkan zaman bujang tahun ini, mungkin sudah sampai seru masing-masing tetapi persiapan untuk menyiapkan satu majlis perkahwinan itu bukanlah mudah.

Meskipun kak Lala belum memasuki fasa itu tetapi melihat dari kawan-kawan kak Lala, demi ingin membuat majlis perkahwinan berjalan dengan lancar dan sempurna ia memerlukan penggunaan wang yang tersangat besar.

Terutama sekali zaman sekarang ini dimana ramai orang mempunyai perkahwinan idaman mereka tersendiri. Namun, yang sebenarnya itu semua tidak penting kerana ia hanya akan menjerumus ke arah pembaziran melainkan jika benar-benar berkemampuan.

Bagi yang tidak berkemampuan pula cukup hanya membuat majlis yang penting sahaja, yang penting perkahwinan itu sah disisi undang-undang dan agama. Apa orang hendak katakan selepas itu, abaikan sahaja yang penting semuanya telah selesai.

Perkara itu turut menjadi nasihat penyanyi, Bienda kepada bakal-bakal pengantin diluar sana. Menjadikan dirinya sebagai contoh, Bienda menasihati sesiapa yang bakal berkahwin itu supaya tidak membazir sebaliknya mendahulukan apa yang wajib seperti dia dan juga suami lakukan sembilan tahun lalu.

Oleh sebab, dia dan juga bakal suaminya waktu itu bersusah payah menyimpan duit untuk berkahwin jadi mereka memutuskan untuk berkahwin secara rahsia. Itu adalah demi tidak menyusahkan keluarga serta enggan menjawab pertanyaan orang ramai mengenai nikah gantung yang dia lakukan.

Namun, meskipun makan masa setahun dan perlu bersusah tetapi majlis bersanding tetap berlangsung dankini  usia rumah tangga Bienda dan suami hampir memasuki sembilan tahun. Haaa, kak Lala sangat setuju juga dengan cara Bienda itu, buat apa hendak bazirkan duit beratus ribu untuk majlis yang berlangsung satu hari sedangkan ia boleh digunakan sebagai perbelanjaan kehidupan selepas berkahwin.

Kak Lala tak kisah akan mulut-mulut orang yang kata majlis perkahwinan ringkas sangat yang penting kehidupan lepas berkahwin sedikit terjamin. Tapi, itu semua terpulang pada individu itu sendiri, tepuk dada tanya selera. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *