Tempat letak kereta percuma dan selesai masalah trafik jika BN menang di P.Pinang

Tempat letak kereta percuma di kawasan majlis tempatan dan kediaman serta mahu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintar antara dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang bertemakan ‘Selamatkan Pulau Pinang’.

Sudah maklum, hanya di negeri Pulau Pinang mengenakan kadar caj meletakkan kereta yang dikira sampai tengah malam setiap hari. Kadar bayaran letak kereta di negeri pimpinan kerajaan DAP itu mula dikira bermula pada pukul 9 pagi hingga pukul 12 malam tanpa mengira hari cuti umum atau hujung minggu.

Malah, kesesakan lalu lintas juga merupakan isu hangat diperkatakan ramai terutamanya rakyat negeri Pulau Mutiara yang terpaksa menghadapi kesesakan yang teruk hampir setiap hari. Masalah ini gagal ditangani oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang walaupun sudah dua penggal memerintah negeri itu.

Menurut Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, parti itu benar-benar mahu menangani masalah kesesakan lalu lintas dalam tempoh tiga tahun melalui satu pelan penyuraian trafik yang lebih sistematik dan terancang bagi menyediakan trafik jalan raya yang moden dan mantap.

Semalam, BN Pulau Pinang manifestonya untuk Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14) menggariskan enam teras dengan 60 inisiatif.

Manifesto yang memberi keutamaan kepada semua golongan masyarakat itu antara lain memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah banjir dan bukit botak dalam tempoh tiga tahun setengah akan datang.

Selain itu, turut diberi perhatian, penyelesaian masalah perumahan rakyat dengan membina 65,000 unit rumah mampu milik, pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat, pelancongan dan warisan.

Inisiatif terbaru itu menyenaraikan beberapa janji termasuk untuk membatalkan projek Terowong Dasar Laut yang dirancang oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang bernilai RM6.34 bilion dan menghapuskan cukai langsung dan tidak langsung berkaitan tanah.

Manifesto itu juga turut menawarkan bantuan khas sebanyak RM2,000 bagi perkahwinan kali pertama.

Teras keempat AkuJanji BN ingi memastikan pembangunan ekonomi negeri yang mengutamakan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat dengan penyertaan program One Belt One Road (OBOR) serta menggalakkan transformasi industri kecil dan sederhana (IKS) menjadi syarikat multinasional.

“Penyediaan prasarana dan pembangunan dan penyediaan tenaga kerja dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 dan

“Teras kelima akan menyaksikan keutamaan kesejahteraan rakyat menerusi penyediaan kompleks keluarga sejahtera di setiap daerah selain menghaspuskan surcaj air dan air percuma untuk miskin tegar dna tiada kenaikan tarif air kediaman untuk 5 tahun.

“Dan akhirnya Tapak Pelancongan dan Warisan negeri akan terus dipertahankan dan dikekalkan menrusi inisiatif menaik taraf the Living Heritage dan Artisan Streets memulihara bangunan bersejarah,” kata Chang Yeow.

Pelancaran telah dibanjiri kehadiran lebih 3,000 penyokong, ahli dan pemimpin BN Pulau Pinang memeriahkan suasana manifestaso BN yang diwarnai gelombang biru.

Antara yang turut menghadiri dalam pelancaran manifesto itu adalah Pengerusi UMNO negeri Pulau Pinang merangkap Naib Pengerusi BN, Datuk Seri Zainal Abidin, Pengerusi myPPP Pulau Pinang, Datuk Loga Bala Mohan, Timbalan Pengerusi MIC negeri, Datuk Nyanasegaran. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *