The Rock Cuba ‘Beli Jiwa’ Rakyat Malaysia Dengan Bercakap Melayu

Demi untuk mempromosikan filem yang mreka lakonkan, sesetengah pelakon sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat menarik perhatian penonton atau peminat mereka supaya pergi menonton filem yang dibintangi mereka itu di pawagam.

Terbaru, sebagai contoh adalah cara yang dilakukan oleh bekas ahli gusti WWE yang kini telah bertukar kerjaya menjadi pelakon terkenal Hollywood iaitu Dwayne ‘The Rock’ Johnson dalam mempromosikan filem terbarunya yang bertajuk ‘Rampage’.

Dimana, The Rock telah memuat naik satu video khas buat peminatnya di Malaysia tapi video itu bukan biasa-biasa kerana dipermulaan video itu The Rock telah memulakan ucapannya dengan bertanyakan khabar peminat di Malaysia mengunakan Bahasa Melayu.

Aww, siapa cakap ‘mat salleh’ tak reti ambil hati orang lain, tengok The Rock walaupun hanya sekadar menuturkan ‘apa khabar’ tetapi itu sahaja telah cukup untuk membuatkan video The Rock menerima respon yang positif daripada orang Malaysia.

Bukan netizen sahaja yang ‘tergoda’, hati kak Lala pun turut sama berasa seperti pergi sahaja menonton filem ‘Rampage’ itu bila ia ditayangkan pada hari khamis ini.

Namun, video itu juga bukan semata-mata untuk mempromosikan filem ‘Rampage’ sahaja tapi The Rock turut sama melahirkan rasa terima kasih dan sayangnya pada Malaysia kerana menjadikan tiga buah filemnya laris di pawagam.

Mana tahu dengan promosi seperti itu, filem ‘Rampage’ yang diadaptasi daripada siri permainan video bertajuk ‘Rampage’ itu juga akan menjadi filem keempat The Rock yang terlaris di Malaysia. Sebelum itu kita layan dahulu trailer filem ‘Rampage’ itu.

-kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *