The Rock Pernah Cuba Bunuh Diri Kerana Tekanan Hidup

Siapa sangka bintang terkenal seperti Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock pernah nekad ingin membunuh dirinya sendiri dan itu semua hanyalah disebabkan oleh tekanan yang dialaminya.

Namun, menurut The Rock perkara itu terjadi ketika dia berusia 15 tahun. Pada awalnya, ibunya pernah cuba untuk membunuh diri di hadapannya selepas mereka diusir daripada rumah tetapi The Rock berjaya menghalang.

Disebabkan itu mereka satu keluarga mengalami depresi yang sangat teruk sehinggakan atas alasan yang sama juga, dia sendiri pernah hampir untuk melakukan perkara yang sama seperti ibunya tetapi cuba untuk melawan tekanan yang dialaminya itu.

Sehinggalah akhirnya dia berjaya melawan semua itu dan mengubah nasib keluarganya dengan mencipta nama menjadi pelakon Hollywood yang bukan sahaja terkenal tapi juga menjadi pelakon yang menerima bayaran tertinggi di dunia.

Eh, tapi sebelum menjadi pelakon, The Rock adalah seorang ahli gusti profesional yang juga sangat terkenal dengan tagline, ‘If you smell what The Rock is cooking’. Kak Lala sampai sekarang tak faham kenapa The Rock guna tagline masak dalam gusti.

Oleh itu juga, The Rock ingin menasihati individu yang mempunyai masalah yang sama sepertinya supaya segera mendapatkan rawatan dan tidak mengambil jalan mudah iaitu cuba membunuh diri sendiri.

Betul itu, tekanan atau depresi ini bukan satu perkara yang boleh dibuat main kerana apabila bila sudah sampai tahan kritikal mereka sendiri tidak sedar apa yang mereka lakukan, sebaliknya hanya memikirkan untuk mengakhiri penderitaan yang mereka alami itu sahaja.

Kak Lala juga nak nasihatkan lah kalau ada tanda-tanda pergi kearah depresi itu, seeloknya minta bantuan pakar atau kalau malu sekali pun cari kawan rapat yang boleh dijadikan sebagai tempat untuk berkongsi masalah. Apa pun, ingat bunuh diri itu berdosa. –kaklala/utaranews.com

One thought on “The Rock Pernah Cuba Bunuh Diri Kerana Tekanan Hidup

  • 05/04/2018 at 8:56 pm
    Permalink

    Wat semak bulu beruk je klau pnjg umur pon .
    Pegi je la bunuh diri .
    Kau mati nnt , jd unggun kayu api neraka jugak .
    Sakai taik babi kau the rock .
    Uwerkk

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *