Tiada bezanya Mahathir dan Mat Sabu didalam kandang Pakatan

Mana-mana pihak yang tidak memihak kepadanya, pasti akan dikritik teruk dan digelar dengan pelbagai gelaran tidak sepatutnya. Itulah yang sering kali dilakukan oleh bekas perdana menteri yang kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tidak menghairankanlah apabila penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff mengatakan bekas perdana menteri itu telah merendahkan martabat negawaran beliau menjadi setaraf Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu serta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata ini berikutan daripada ucapan–ucapan yang disampaikan bekas perdana menteri keempat itu yang penuh dengan dengan kata–kata kesat dan juga fitnah.

Sebagai contoh, kata Kamarul Zaman, calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan itu dalam ucapannya di Pasir Gudang, Johor baru–baru ini yang dilihat sering kali mengeluarkan perkataan kesat seperti bodoh terhadap pihak yang tidak memihak dan memberi sokongan kepadanya.

Dalam ucapannya di Parit Jawa, Batu Pahat pula, Pengerusi Pakatan Harapan itu sering mengeluarkan perkataan sumpah seranah seperti penyangak, makan dedak, pekak tuli dan macam-macam lagi di hadapan khalayak ramai.

“(Tun Dr) Mahathir telah merendahkan martabat negawaran beliau menjadi setaraf Mat Sabu dan Guan Eng

“Paling teruk dikecam (Tun Dr) Mahathir ialah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Hashim Abdullah dan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (RoS), Puan Surayati Ibrahim yang diseranah dengan istilah “kepala hotak dia”,” kata Kamarul Zaman.

Menurut penganalisis politik itu, Mahathir sememangnya berang terhadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Hashim Abdullah dan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (RoS), Puan Surayati Ibrahim dan pengamal media kerana tidak memenuhi keperluannya.

Dalam pada itu, kata beliau, tindakan bekas perdana menteri itu yang sesuka hati mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pihak-pihak terbabit bukanlah taraf seorang negarawan.

Malah, beliau berkata, tindakan Mahathir itu juga ia berupaya membahayakan kesihatannya sendiri.

Tambahnya, sebelum bertindak menyumpah seranah, sebaiknya dapat disemak dahulu ketepatan kenyataan pihak yang mahu disumpah seranah.

“Takkanlah tak ada sesiapa yang maklumkan kepada (Tun Dr) Mahathir mengenainya,” katanya lagi. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *