Tiada Jalan Pintas Untuk Berjaya Dalam Hidup.. – Joe Flizzow

Selepas single penuh Inggerisnya ‘Drop’ mendapat sambutan hangat, penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow bakal mengeluarkan pula single Melayunya hasil gandingan bersama bekas ahli kumpulan SleeQ iaitu Aliff di dalam lagu yang bertajuk ‘Sampai Jadi’.

Menurut pengetahuan kak Lala, lagu ‘Sampai Jadi’ itu adalah berdasarkan pengalaman Joe sepanjang dua dekad berada dalam industri seni yang akan menceritakan mengenai adab, tingkah laku yang perlu ada dalam diri seseorang itu jika dia ingin berjaya dalam industri muzik.

Malah, bukan itu sahaja tetapi lagu ‘Sampai Jadi’ itu juga turut boleh menjadi sumber motivasi kepada golongan muda supaya terus berusaha demi mengejar impian dan juga cita-cita mereka kerana, tiada apa yang mustahil dalam dunia ini.

Itu kak Lala setuju, tiada apa yang mustahil dalam dunia ini selagi kita berdisplin, fokus, peka, dan merendah diri dan bersedia untuk berusaha sekuatnya dalam hidup kerana seperti kata Joe tiada jalan pintas untuk untuk berjaya dalam hidup.

Tiada jalan pintas, melainkan jika memang sudah dilahirkan menjadi pewaris harta keluarga tetapi pada kak Lala kejayaan yang dikecapi hasil daripada bersusah-payah itu adalah lebih baik dan manis. Pada kak Lala, sama seperti lagu-lagu Joe Flizzow yang sebelum ini, lagu ‘Sampai Jadi’ itu turut tidak mengecewakan.

Kak Lala pasti lagu ini juga turut akan berjaya menarik perhatian netizen sebab buat masa sekarang ini sahaja lagu ‘Sampai Jadi’ ini telah menjadi trending nombor sembilan di YouTube Malaysia bersama jumlah tontonan sebanya 400 ribu lebih.

Mungkin semua itu bakal meningkat naik lagi selepas ini. Apapun, ayuh kita layan lagu ‘Sampai Jadi’ itu dahulu.

-kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *