Uji Rashid Jadi ‘Buruan’ Makcik Bawang Di Rumah Baru

Sebelum ini heboh di media apabila penyanyi terenal era 70an iaitu Uji Rashid telah dihalau keluar daripada kediamannya gara-gara lewat membayar sewa rumah sehingga menyebabkan penyanyi ‘Mengapa Dirindu’ itu terpaksa memohon rumah bantuan rakyat.

Tidak dinafikan sejak berita mengenai dia diusir itu menjadi tular, Uji Rashid telah menjadi tumpuan netizen dan itu terbukti apabila dia mula menjadi tumpuan ‘jiran kepoci’ yang juga makcik bawang sebaik sahaja menduduki rumah barunya yang diperolehi daripada Projek Perumahan Rakyat.

Menyedari perkara itu akan berlaku, Uji mengatakan yang dia telah pun bersedia daripada segi mental dan juga fizikal untuk berhadapan dengan golongan makcik bawang itu meskipun dia baru sahaja belajar mengenai ‘terms’ itu.

Menurut Uji pada awalnya dia tidak menyedari kehadirannya di kawasan perumahan itu menjadi perhatian makcik bawang tetapi apabila diberitahu oleh pengurusnya, dia mengetahui yang mereka itu juga turut tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambarnya secara rahsia.

Namun, apabila ditanya makcik bawang itu tidak akan mengakui perbuatan mereka walhal jelas kedengaran bunyi mereka mengambil gambar. Aduh, kelakar juga makcik bawang ini rupanya, sanggup menipu, mungkin sebelum nak buat sesuatu itu boleh ‘silent’-kan dulu telefon itu.

Tapi, biasalah dekat kawasan seperti itulah ‘markas’ makcik-makcik bawang, abaikan sahaja nanti bila dah lama, dah bosan pasti mereka tak membawang dah.  Pada kak Lala, tiada apa yang hendak dimalukan, yang penting hidup mengikut kemampuan sendiri.

Biasalah dalam hidup ini memang ada pasang surutnya, kalau asyik nak jaga kepuasan hati orang ini selamanya tidak akan pernah habis. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *