Umat Islam wajib sekat agenda zionis dari hancurkan negara

Niat jahat Zionis tidak pernah berakhir untuk menyerang umat Islam termasuklah di Malaysia. Sehubungan itu, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap semua umat Islam di Malaysia dapat mengambil ibrah (iktibar) daripada peristiwa Israk Mikraj untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Perdana Menteri berkata niat jahat Zionis akan sentiasa menyerang dan menimbulkan isu sehingga umat Islam sering bertelagah serta berperang sesama sendiri.

Katanya, jangan terkejut kerana terdapat tangan Zionis juga dalam pertubuhan politk yang bercita-cita untuk menguasai negara.

“Jangan kita terkejut kerana ada tangan Zionis dalam beberapa pertubuhan termasuk pertubuhan politik yang mahukan kemenangan kerana bercita-cita untuk menguasai negara.

“Kita tidak rela negara tanah tumpah kita digadaikan oleh mereka yang tiada rasa cintakan negara,” katanya.

Selain itu, Najib berkata dalam usaha untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin daripada cengkaman Zionis, umat Islam seluruh dunia haruslah bersatu padu demi mengelakkan perpecahan kerana ia akan mengakibatkan negara hancur.

“Umat Islam mewakili suara besar di pentas antarabangsa namun jumlah yang besar itu tidak mendatangkan kekuatan andainya kita sering bertelingkah, fitnah memfitnah dan berperang serta bertelagah sehingga mengundang perpecahan.

“Dalam Islam, berbeza pendapat dibenarkan bagaimanpun perpecahan umat amat dilarang kerana kesannya boleh menghancurkan negara,” katanya.

Jelasnya, umat Islam perlu terus berusaha untuk mewujudkan pendamaian dan mengelakkan perpecahan kerana terdapat unjuran terbaru menjangkakan umat Islam akan mencecah tiga bilion orang pada 2050. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *