Yuna Bangga Dengan Kulit Sawo Matang

Zaman sekarang ini kak Lala perhatikan ramai betul gadis-gadis yang terlalu memiliki kulit yang putih bersih atau ‘flawless’ sehinggakan sanggup mengambil pelbagai jenis supplement yang tidak diketahui keselamatannya.

Sedangkan yang sebenarnya memiliki kulit gelap, sawo matang ataupun ‘tan’ itu juga adalah cantik tetapi oleh sebab sudah terbiasa dengan stereotype yang putih itu cantik dan gelap itu tidak, jadi ramai orang yang berkulit gelap berasa kurang berkeyakinan.

Dan, siapa sangka perkara seperti itu juga berlaku kepada penyanyi hebat yang mencipta nama di pasaran antarabangsa iaitu Yuna. Meksipun telah mengecapi kejayaan hebat, siapa sangka Yuna turut menyimpan kisah duka disebalik warna kulitnya.

Yang mana, gara-gara memiliki warna kulit yang gelap Yuna rupanya pernah ‘ditolak’ dan dikatakan tidak sesuai untuk berada di dalam industri hiburan sehinggakan Yuna mengelak dari berjemur di bawah cahaya matahari.

Namun, itu semua dahulu kerana kini Yuna mula sedar dan berbangga dengan warna kulit yang dimilikinya. Oleh itu, Yuna berharap semua gadis diluar sana supaya turut berbangga dengan warna kulit mereka kerana apa sekalipun warnanya ia tetap cantik.

Betul itu, kak Lala setuju sangat apa sekalipun warna kulit kita, tidak kira apa pandangan orang lain pada warna kulit kita, kita perlu berasa yakin yang kita kelihatan lebih lawa dengan warna kulit yang kita miliki. Siapa lagi hendak sayang diri sendiri, kalau bukan kita. –kaklala/utaranews.com

One thought on “Yuna Bangga Dengan Kulit Sawo Matang

  • 17/04/2018 at 12:50 am
    Permalink

    Hitam itu menawan .
    Hehehh

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *