Zairil bimbang sokongan penyokong DAP di Bukit Bendera

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang diadakan pada 5 Mei 2013, Zairil Khir Johari yang mewakili DAP telah memenangi kerusi Parlimen Bukit Bendera dengan jumlah undi sebanyak 45,591. Beliau bertanding di situ pun bagi menggantikan pakar strategi DAP, Liew Chin Tong yang berpindah ke Parlimen Kluang.

Zairil dikenali pun bukan kerana khidmatnya kepada rakyat, tetapi hanya kerana kisah perkahwinan dan hubungan ‘panasnya’ bersama bekas calon DAP semasa pilihan raya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud yang kini telah pun ‘selamat’ bergelar tunangannya.

Untuk menceritakan mengenai jasa beliau ketika menjadi Ahli Parlimen Bukit Bendera kepada penduduk di kawasan itu, tidak ada benda yang nak diceritakan pun kerana tidak banyak yang dibuatnya.

Malahan suara pemimpin muda DAP itu juga susah untuk dengar di Parlimen semasa Sidang Dewan Rakyat. Tidak menghairankanlah bila ramai menyifatkan wakil rakyat DAP itu hanya terkenal kerana masalah peribadi beliau.

Bagaimanapun, ketika ini masih menjadi teka-teki samasa ada Zairil akan dikekalkan di Bukit Bendera atau akan dipindahkan ke Parlimen lain , memandangkan parti Roket itu ketika ini sedang giat mengatur pemimpin-pemimpinnya, khususnya yang dilihat ada potensi untuk menang.

DAP yang kini mahu bertanding menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hanya mengharapkan kepada populariti seseorang calon dan bukannya memilih berkaliber untuk berkhidmat kepada rakyat, bagi mencapai kemenangan pada pilihan raya umum.

Dalam satu kenyataan, Zairil dilaporkan berkata, meskipun DAP Pulau Pinang ada kelebihan berikutan kontroversi penambahan kawasan yang turut memperlihatkan perubahan nama serta kewujudan kerusi-kerusi baharu, namun ianya tidak boleh menjadi faktor selamat untuk parti Roket itu dalam pilihan raya kali ini.

Malah, Zairil juga mengatakan bukan mustahil jika para pengundi Bukit Bendera tidak memilih parti Roket itu dalam PRU-14 nanti, sebaliknya memilih Barisan Nasional (BN).

Beliau turut mengakui sukar untuk meramalkan berapakah kerusi yang boleh berjaya dimenangi oleh parti Roket itu setelah dalam PRU-13 lalu berjaya memenangi 19 kerusi daripada 40 kerusi DUN di negeri Pulau Mutiara itu.

Ahli Parlimen Bukit Bendera itu sebenarnya meluahkan rasa kerisauannya berikutan melihat pentunjuk mengenai mood para pengundi khususnya para pengundi parti Roket itu susulan banyak isu yang melibatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan DAP.

Para pengundi DAP juga rasa tidak senang dan tidak bersetuju mengenai kemunculan bekas perdana menteri yang kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Pakatan Harapan.

Umum mengetahui, bekas perdana menteri keempat itu merupakan musuh ketat dan utama DAP sebelum ini, namun sekarang Mahathir adalah Pengerusi Pakatan Harapan di mana parti Roket itu merupakan parti dominan.

Sementara, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pula kini sedang berhadapan dengan tuduhan dan kes mahkamah melibatkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Inilah yang membuat Zairil bimbang sokongan penyokong DAP di Bukit Bendera. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *