Zarina Anjoulie Tak Malu Mencarut Demi Membela Janda-Janda Di Malaysia

Nampaknya isu rampas suami orang ini masih belum selesai lagi, kak Lala ingatkan semua orang sudah ‘move on’ dan lupakan sahaja perkara itu kerana apa yang terjadi itu adalah ketentuan Allah SWT tapi rupanya isu ini masih ada bunyi-bunyi kecil rupanya.

Seperti yang kita semua ketahui, sejak dari awal lagi pelakon, Zarina Anjoulie secara terang-terangnya telah menunjukkan yang dia adalah penyokong kuat bekas isteri Ude iaitu Intan Liana Salleh mungkin kerana dia memahami perasaan Intan kerana pernah berada disituasi seperti itu.

Namun, keterbukaan Zarina menunjukkan sokongannya itu telah menimbulkan rasa kurang senang pada segelintir pihak sehinggakan ada yang mengata dia lakukan itu kerana ingin membodek. Berang dengan tuduhan itu, baru-baru ini Zarina ada memuat naik satu status balasan di Instagram-nya.

Meksipun ia dibuat bertujuan untuk menyelar dakwaan pihak yang menuduhnya itu tiada apa yang salahnya tetapi apa yang menyakitkan mata kak Lala disitu adalah pengunaan ayat yang digunakan oleh Zarina itu boleh dikatakan agak keterlaluan kerana ia turut disertakan dengan carutan.

Kak Lala faham yang Zarina berang dituduh bukan-bukan dengan geng makcik bawang dan ingin menegaskan yang Zarina hanya ingin membela nasib wanita-wanita yang teraniaya seperti Intan kerana pernah berada disituasi itu tapi pengunaan bahasa itu masih perlu dijaga.

Kalau begitu percakapannya, ia bukan ingin membela janda sebaliknya hanya mendatangkan malu sahaja sebab nanti orang akan ingat golongan janda itu memang suka mencarut. Bukan tak tahu orang zaman sekarang ini, disebabkan satu perkara buruk habis semuanya turut sama jadi buruk.

Jadi, kak Lala rasa carutan itu semua tidak perlu. Abaikan sahaja tuduhan busuk yang tidak akan pernah berhenti itu yang penting niat Zarina itu baik. -kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *