Zizan Razak Ikut Jejak Langkah Bront Palarae Di Indonesia

Selepas satu-satu pelakon tempatan kita mengorak langkah melebarkan sayap mereka ke negara jiran iaitu Indonesia. Meskipun bukan perkara senang tetapi bakat serta kebolehan yang dimiliki oleh pelakon kita membuatkan jalan mereka itu kelihatan mudah dan berbaloi dilakukan.

Seperti yang dikecapi oleh pelakon ‘Pengabdi Setan’, Bront Palarae, selepas membintangi beberapa filem disana, hasil kerja keras Bront itu mula dihargai apabila dia tercalon bagi kategori pelakon terbaik di Anugerah Indonesia Box Office Movie (IBOMA) 2018.

Kini, mengikuti jejak langkah Bront itu adalah pelakon dan juga pelawak terkenal tanah air iaitu Zizan Razak dimana selepas menerima tawaran berlakon daripada pelakon terkenal Indonesia, Raffi Ahmad, Zizan mula menjadi buruan produksi di negara jiran itu.

Malah ketika sedang menjalani sesi penggambaran bersama Raffi Ahmad beberapa bulan lepas di Indonesia, Zizian telah menerima beberapa tawaran berlakon lain sehinggakan dia merasakan semua itu seperti mimpi.

Mana tidaknya, dapat berlakon dengan pelakon terkenal seperti Raffi Ahmad itu pun sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja berasa teruja inikan pula mendapat tawaran berlakon lain.

Kak Lala yang dengar pun berasa teruja dan tidak sabar ingin tonton filem yang mengabungkan Zizan dan Raffi Ahmad itu. Mungkin itu semua adalah petanda yang sudah sampai masanya untuk Zizan lebarkan karier Zizan di negara sebarang.

Lagipun, peluang itu sudah ada, jadi Zizan hanya perlu gunakan peluang itu sebaiknya. Wah, bangga tau ramai artis tempatan mula mencipta nama di negara luar. Itu membuktikan yang pelakon negara kita sangat berkebolehan.

Jika tidak, tiadalah produksi luar akan berikan tawaran kan? Selepas ini, pelakon mana pula ye yang akan ikuti jejak langkah Bront dan juga Zizan. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *