Zul Ariffin Putus Cinta Bukan Berpunca Dari Neelofa

Selepas berteka-teki mengenai status hubungan percintaan diantara Zul Ariffin dan Zahirah MacWilson kini segalanya telah terungai apabila Zul sendiri mendedahkan yang hubungnya dan Zahirah telah pun berakhir.

Namun, sebagai manusia biasa disetiap pengakhiran sesuatu hubungan itu kita pasti ingin ketahui apa punca sebenarnya maka dengan itu timbullah spekulasi kecil daripada netizen yang mengatakan hubungan cinta itu terputus disebabkan oleh Neelofa.

Amboi, kemain tau makcik-makcik bawang sekarang ini. Kenapa pula tiba-tiba pula kaitkan isu itu dengan Neelofa? Jangan cakap hanya disebabkan oleh beberapa gambar romantik mereka sewaktu berlakon drama Ti Amo itu terus netizen rasa Neelofa puncanya.

Malangnya semua itu tidak benar sama sakali kerana menurut laporan di beberapa portal hiburan, Zul sendiri ada mengatakan sebab dia ingin berpisah dengan Zahirah. Itu adalah kerana dia berasa kecewa dengan Zahirah yang berselfie berhampiran jenazah ibunya.

Oleh itu, atas sebab rasa kecewa melihat perbuatan tidak sensitif Zahirah itulah Zul mula memikirkan yang orang seperti itu tidak layak untuk dijadikan pasangan hidup dan memutuskan untuk mengakhiri hubungannya dengan Zahirah.

Uih, betul ke itu? Menurut Zul perbuatan itu bukan hanya dia sahaja yang lihat tapi juga beberapa orang saksi. Kalau dah ramai orang lihat jadi tidak mungkin Zul hendak menipu tapi jauh disudut hati Kak Lala susah sikit lah hendak percaya.

Perbuatan seperti itu memang sangat tidak sopan namun begitu, Zahirah pula mengatakan yang sebaliknya dan menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT kerana Allah sahaja yang tahu kebenaran disebalik semua itu.

Mana satu kebenarannya hanya mereka berdua sahaja yang ketahui, tapi sudah jelaslah yang hubungan itu terputus bukan disebabkan oleh orang ketiga. Apapun, harap isu ini tidak berpanjangan dan setiap salah faham dapat diselesaikan dengan cara yang baik. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *